Jumat, 13 Juli 2012

7 mayat tanpa kepala ditemui di selatan Mexico

CUERNAVACA (Mexico): Tujuh
mayat tanpa kepala ditemui di
dalam sebuah kenderaan yang
diletakkan di lebuh raya,
selatan Mexico, hari ini. Sejurus penemuan itu, pihak
polis menjumpai kepala
mayat berkenaan bertaburan
di negeri Morelos.

Menurut pejabat pendakwaan
negeri Morelos, agen
menjumpai mayat yang
dipancung itu di dalam sebuah
kenderaan SUV yang
dilaporkan hilang dan ditinggalkan di lebuh raya
berhampiran bandar Jojutla.


"Bagaimanapun, hanya satu
kepala ditemui dan diletakkan
di atas badan mayat,"
menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat
berkenaan. - AFP